Blogger Widgets

Friday, 30 September 2011

Bab tundingan spm sejarah 2011-BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

BAB 9  : PERKEMBANGAN DI EROPAH

 9.1 ( a) Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
1. ZAMAN GELAP DI EROPAH

a) Maksud Zaman Gelap
• Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
• merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

b) Ciri-ciri zaman gelap
Politik
• Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
• Berlaku huru-hara
• Kemunculan golongan Baron
• Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
• Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
• Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
• Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
• Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
• Pembentukan sistem feudal  
• Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
• Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana


Ekonomi
• Kegiatan ekonomi terhad  
• Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
• Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
• Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
• Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
• Perniagaan secara kecil-kecilan
• Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
• Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

Sosial 
• Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah 
• Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
• Kemerosotan kehidupan perbandaran
• Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan


c) Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )
• Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
• Gereja menjadi ejen penyatuan
• Peningkatan aktiviti pertanian
• Kemunculan perdagangan
• Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
• Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
• Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
• Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
• Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
• Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah


d) Persamaan  sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional
• Raja menjadi penaung dalam negara
• Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
• Raja mempunyai pembesar-pembesar
• Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
• Pembesar memberi khidmat kepada raja
• Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar

No comments: